suria

Bekas Pengurus England Tawar Diri Untuk Urus Chelsea

Fabio Capello
Fabio Capello
Fabio Capello

BEKAS Pengurus England, Fabio Capello secara terbuka memberitahu pemilik kelab Chelsea yang dia mahu mengurus kelab tersebut musim depan.

Akhbar Britain, The Sun melaporkan, Capello menyatakan hasratnya itu dalam pertemuannya dengan penasihat pemilik Chelsea, Roman Abramovich.

Chelsea kini diurus secara ad hoc atau sementara oleh Penolong Pengurus, Roberto Di Matteo selepas pemecatan Andre Villas Boas awal tahun ini.

Di bawah bimbingan Di Matteo, Chelsea telah menjuarai Piala FA Inggeris dan kini akan bertarung menentang Bayern Munich dalam pertandingan akhir Piala Liga Juara Eropah Sabtu ini di Alliaz Arena.

Capello telah melepaskan jawatan pengurus skuad kebangsaan England dengan bayaran gaji £6 juta setahun Februari lalu selepas tidak setuju dengan tindakan Persatuan Bolasepak England menguggurkan John Terry sebagai kapten tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.

Artikel Lain