suria

Kami Tidak Cukup Bagus: Dalglish

Kenny Dalglish
Kenny Dalglish
Kenny Dalglish

PENGURUS Liverpool, Kenny Dalglish mengakui aksi Liga Perdana (EPL) musim ini tidak memihak kepada pasukannya selepas tewas mengejut 0-1 kepada Swansea pada perlawanan terakhir, Ahad.

The Reds menamatkan saingan musim ini di tangga kelapan, kedudukan paling rendah buat kali pertama berbanding musuh tempatan, Everton sejak tahun 2005.

"Kami menerima kenyataan bahawa jumlah mata tidak memuaskan kepada semua yang bekerja di kelab ini mahupun kepada semua penyokong.

"Kami akan mengharungi detik ini. Prestasi pemain-pemain sudah yang terbaik namun tidak membantu untuk jumlah mata dan kami akan memperbaiki keadaan tersebut," katanya.

Liverpool mengumpul 52 mata keseluruhan, manakala Everton 56 mata.

Artikel Lain