suria

Khairul Nizam Layak Ke Olimpik Dalam Acara Perahu Layar

LANGKAWI: Pelayar elit negara, Khairul Nizam Mohd Afendy berjaya melayakkan diri mewakili negara ke Sukan Olimpik London 2012 bagi acara perahu layar.

Naib Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Datuk Mansor Ismail berkata, pemilihan pelayar muda itu berdasarkan kejayaan cemerlang pada kejohanan Laser Standard Dunia di Boltenhagen, Jerman yang sedang berlangsung ketika ini.

"Kejayaan beliau memberi semangat kepada MYA untuk terus menyemarakkan sukan perahu layar di negara ini," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Mansor berkata, kali terakhir Malaysia menyertai Sukan Olimpik ialah empat tahun lepas di China menerusi Kevin Lim namun gagal membawa pulang sebarang pingat buat negara.

Khairul Nizam akan mengikuti latihan di Croatia bulan depan dalam persiapan untuk menghadapi Sukan Olimpik pada Julai. - BERNAMA

Artikel Lain