suria

Liga Belanda: Ajax Pertahan Trofi Musim Ini

Pasukan Ajax berjaya pertahankan gelaran juara yang dimenangi musim lalu.
Pasukan Ajax berjaya pertahankan gelaran juara yang dimenangi musim lalu.
Pasukan Ajax berjaya pertahankan gelaran juara yang dimenangi musim lalu.

PASUKAN Ajax Amsterdam muncul juara Liga Belanda musim ini dan yang ke-31 bagi kelab itu selepas menumpaskan VVV-Venlo 2-0, awal pagi Khamis.

Kemenangan itu menyaksikan pesaing terdekatnya, Feyenoord tertinggal enam mata untuk di tempat kedua dan pada masa yang sama membuktikan sentuhan pengurus pasukan, Frank de Boer penting selepas tercicir lapan mata daripada pendahulu liga PSV Eindhoven dan AZ Alkmaar pada pertengahan Februari lalu.

Kejayaan ini merupakan kejuaraan berturut-turut kedua selepas menang tiga tahun berturut-turut pada 1994 hingga 1996.

“Kejayaan musim lalu lebih penting selepas sekian lama menunggu untuk menjadi juara, namun kejayaan tahun ini turut bermakna selepas mengharungi pelbagai situasi.

“Apa jua keadaan kami tetap memberi fokus kepada misi utama kelab,” katanya yang turut meraih lima kali gelaran juara ketika bergelar pemain Ajax sebelum ini.

Artikel Lain