suria

Liga Juara-Juara: Terry Dibenar Julang Trofi Jika Chelsea Menang

Terry (kiri) dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Turki, Cuneyt Cakir kerana mengasari pemain Barcelona.

KESATUAN Bolasepak Eropah (UEFA) membenarkan kapten pasukan Chelsea, John Terry menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (CL) jika kelab itu berjaya menumpaskan Bayern Munich dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung 19 Mei depan.

Kenyataan UEFA berkata: "Sekiranya Chelsea menang Liga Juara-Juara 2012, John Terry akan dibenarkan untuk bersama-sama menjulang trofi dan menerima medal."

Terry dilayangkan kad merah ketika perlawanan separuh akhir kedua menentang Barcelona Selasa lalu kerana mengasari Alexis Sanchez pada babak pertama perlawanan.

Pihak disiplin UEFA juga akan turut mengadakan perbincangan mengenai tempoh penggantungan Terry pada 31 Mei ini kerana badan tersebut mempunyai kuasa untuk memanjangkan tempoh denda yang boleh di bawa ke perlawanan Piala Super Eropah, Liga Juara-Juara atau Liga Eropah musim depan.

Bakal menemani Terry menjadi penonton pada final nanti termasuk Branislav Ivanovic, Ramires dan Raul Meireless kerana mengumpul kad kuning pada aksi di Barcelona dua hari lalu.

Artikel Lain