suria

Liga Europa: Ferguson Akui Athletic Layak Menang

Ferguson mendakwa barisan pertahanannya lemah sehingga tewas kepada Athletic.
Ferguson mendakwa barisan pertahanannya lemah sehingga tewas kepada Athletic.
Ferguson mendakwa barisan pertahanannya lemah sehingga tewas kepada Athletic.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mengakuinya pasukannya tidak bermain dengan baik sehingga dikalahkan Athletic Bilbao pada pusingan pertama aksi kelompok 16 akhir Liga Europa di Old Trafford, awal pagi Jumaat.

Man United tewas 2-3 di tempat sendiri selepas digambarkan agak gugup ketika berdepan dengan kemahiran pasukan lawan itu.

“Kami dikalahkan dengan cara yang sempurna. Saya boleh katakan mereka adalah pasukan yang lebih baik dari dan layak memenangi perlawanan ini.

“Saya rasa bahagian pertahanan tidak memuaskan malam ini dan terus ditekan dengan serangan setiap masa. Manakala bahagian serangan telah menjalankan tugas dengan baik dan telah melakukan banyak peluang. Tetapi Bilbao berada dalam situasi yang lebih baik.

“Kami masih ada peluang menang lagi tanpa banyak persoalan kerana pasukan telah menunjukkan perubahan ketika menentang mereka, namun secara jelasnya benteng pertahanan perlu lebih baik. Saya mungkin akan membawa Rio Ferdinand tanpa menggangu program liga,” katanya kepada Channel Five.

Athletic menguasai permainan, memberi tekanan dengan gaya tersendiri walaupun pasukan Man United berjaya membuka jaringan awal pada minit ke-22 melalui penyerangnya Wayne Rooney.

Fernando Llorente menyamakan kedudukan minit ke-44 sebelum Oscar De Marcos menambah lagi satu jaringan untuk Athletic. Manakala gol ketiga dilakukan oleh Iker Muniain minit ke-90.

Man United bernasib baik selepas mendapat sepakan penalti pada minit-minit terkahir perlawanan yang disempurnakan oleh Rooney.

Senarai pemain:

MANCHESTER UNITED: De Gea, Evra, Smalling, Evans, Rafael, Park, Jones, Giggs, Young, Hernandez, Rooney (pemain simpanan): Amos, Ferdinand, Fabio, Anderson, Carrick, Nani, Welbeck.

ATHLETIC BILBAO: Iraizoz; Iraola, Javi Martínez, San José, Aurtenetxe; Iturraspe, Herrera, De Marcos; Muniain, Llorente, Susaeta (pemain simpanan): Raul, Koikili, Ekiza, Inigo Perez, Toquero, David Lopez, Ibai Gomez.

Artikel Sebelum

Artikel Lain