suria

KBS Sumbang RM96,000 Kepada Zulfahmi

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan pelumba pasukan Moto3 AirAsia-SIC-Ajo Zulfahmi Khairuddin (tengah) menunjukkan baju perlumbaan yang bakal digunakannya pada Majlis Pelancaran Pasukan AirAsia-SIC-Ajo pada Khamis. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circut, Datuk Razlan Razali (kiri). Foto BERNAMA.

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Khamis memberi sumbangan peribadi bernilai RM96,000 untuk pelumba negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin bagi perbelanjaan mengharungi perlumbaan Moto3 yang diperkenalkan tahun ini.

Sumbangan peribadi itu merupakan sokongan KBS terhadap Zulfahmi yang kini telah masuk tahun ketiga beraksi cemerlang dalam perlumbaan berprestij dunia ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, KBS setuju menyalurkan sumbangan peribadi untuk kegunaan pelumba muda kelahiran Banting itu sepanjang menjalani latihan di Barcelona tahun ini.

"Zulfahmi merupakan inspirasi kepada semua anak-anak muda di Malaysia. Prestasinya setiap tahun semakin baik dan sumbangan ini merupakan tanda sokongan penuh kerajaan kepadanya," katanya pada majlis pelancaran pasukan AirAsia-SIC-AJO, Khamis.

Sumbangan peribadi ini akan berlanjutan sehingga tahun 2014.

Sementara itu, Zulfahmi yang akan beraksi dalam kategori Moto3 bersama pasukan AirAsia-SIC-AJO musim ini amat berterima kasih kepada KBS dengan sumbangan yang diberikan.

"Saya sangat teruja dan terima kasih kepada KBS kerana telah menyalurkan sumbangan peribadi untuk kegunaan musim ini.

"Sejak menyertai perlumbaan ini, KBS telah banyak membantu saya," katanya. Mengenai kategori baru ini, Zulfahmi berkata, dia sudah bersedia untuk mengharungi perlumbaan walaupun ia baru diperkenalkan tahun ini.

Sebelum ini Zulfahmi terlibat dalam perlumbaan 125cc dan kategori ini telah digantikan dengan Moto3.

Moto3 merupakan jentera baru empat lejang yang menggunakan single-cylinder.

"Ia sangat berbeza dengan 125cc terutama enjin yang lebih baik dan laju.

"Selepas menjalani ujian di Jerez dan Valencia bulan lalu, saya semakin yakin untuk beraksi pada perlumbaan sebenar nanti.

"Setakat ini saya berada dalam kelompok kelima teratas ketika menjalani latihan.

"Apa yang penting sekarang ialah saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan aksi pertama di Qatar pada 8 April depan," katanya.

Dalam aksi 125cc tahun lalu, Zulfahmi berjaya menamatkan perlumbaan ditangga ke-18 keseluruhan berbanding kedudukan ke-24 pada tahun 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Lain