suria

Terry Tidak Tersenarai Dalam Skuad England

Pearce enggan memberi sebarang ulasan mengenai John Terry.
Pearce enggan memberi sebarang ulasan mengenai John Terry.
Pearce enggan memberi sebarang ulasan mengenai John Terry.

STUART Pearce enggan memberi sebarang kenyataan mengenai John Terry dalam skuad England Euro 2012.

Terry dilucutkan gelaran kapten awal bulan lalu berikutan isu perkauman yang dikeluarkan kepada pemain Queens Park Rangers, Anton Ferdinand dan kes itu bakal dibicarakan selepas kejohanan Euro 2012.

Berikutan situasi itu, Fabio Capello telah meletak jawatan sebagai pengurus kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) yang melucutkan gelaran tersebut terhadap Terry.

Pearce yang dilantik sebagai pengurus sementara pada aksi perlawanan persahabatan menentang Belanda pada 29 Februari ini menggantikan Capello mengakui dia bersedia untuk mengambil alih tugas itu sehingga tamat kejohanan tersebut.

Namun dia tidak berjanji untuk menyenaraikan Terry dalam skuadnya: “Kami akan berbincang perkara ini tidak lama lagi.”

Pun begitu Pearce tidak akan memasukkan Terry, 31, dalam senarai skuadnya termasuk Frank Lampard dan Rio Ferdinand.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Jumaat, Pearce menafikan ada unsur ‘jahat’ dalam pemilihan pemain-pemain.

“Saya kenal Terry, saya kenal Lampard. Saya kenal pemain-pemain lain, lebih ramai pemain senior yang kamu kenal, semuanya tidak ada dalam skuad.

“Saya rasa saya tidak belajar apa-apa melihat mereka bermain pada Rabu lalu. Tetapi saya mungkin mengetahui perkara lain secara individu sama ada mereka layak atau tidak mewakili England musim panas nanti,” katanya.

Sementara itu Pearce turut mempertahankan pemilihannya terhadap pemain-pemain senior lain termasuk Ashley Cole, Wayne Rooney, Steven Gerrard dan Gareth Barry.

“Saya tidak percaya Steven tidak berada dalam skuad sejak 2010 yang mana ia tempoh lama untuk pemain yang mempunyai kemampuan sepertinya.

“Jadi saat ini dianggap penting untuk dia kembali ke dalam skuad. Manakala penggantungan dalam dua perlawanan pertama peringkat kumpulan nanti, saya turut mengambil kira kepentingan Rooney dalam pasukan.

"Ia dilihat mudah dan boleh kelihatan agak bodoh dengan meletakkan pemain tidak berpengalaman dalam perlawanan besar seperti ini," katanya.

Senarai pemain pasukan England :

Penjaga gol: Scott Carson (Bursaspor), Joe Hart (Manchester City), Robert Green (West Ham United).

Pertahanan: Gary Cahill (Chelsea), Ashley Cole (Chelsea), Leighton Baines (Everton), Glen Johnson (Liverpool), Phil Jones (Manchester United), Micah Richards (Manchester City), Chris Smalling (Manchester United), Kyle Walker (Tottenham Hotspur).

Pemain tengah: Gareth Barry (Manchester City), Tom Cleverley (Manchester United), Stewart Downing (Liverpool), Adam Johnson (Manchester City), Steven Gerrard (Liverpool), James Milner (Manchester City), Scott Parker (Tottenham Hotspur), Ashley Young (Manchester United), Theo Walcott (Arsenal).

Penyerang: Darren Bent (Aston Villa), Fraizer Campbell (Sunderland), Daniel Sturridge (Chelsea), Wayne Rooney (Manchester United), Danny Welbeck (Manchester United).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain