suria

Sabah Sasar 24 Emas Pada Sukma Pahang

SANDAKAN: menyasar untuk memungut 24 emas pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang Julai ini, demikian menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Peter Pang En Yin.

Beliau berkata sasaran tersebut dijangka mampu memperbaiki kutipan emas Sabah iaitu 22 emas yang diperoleh di Sukma Terengganu dan 23 di Sukma Melaka.

"Saya yakin sasaran ini dapat dicapai," katanya, Selasa.

Pang berkata Sabah akan menyertai 20 acara iaitu akuatik, badminton, angkat berat, berbasikal, gimnastik, golf, karate, boling padang, memanah, menembak, perahu layar, sepak takraw, bola sepak, taekwando, tinju, pentanque, olahraga, 10 pin boling, pancak silat dan skuasy.

Sabah setakat ini menyenarai 261 atlet, 47 jurulatih dan 19 pengurus untuk menyertai kejohanan.

Sukma Pahang mempertandingkan 24 acara, 19 acara sukan wajib dan lima acara pilihan iaitu tinju, bola tampar, petanque, ekuestrian dan golf.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

City Kembali Rampas Takhta Liga

Artikel Lain