suria

Hafiz Tumpukan Tahap Kecergasan Sebelum Ke Macau

Hafiz mahu tingkatkan tahap kecergasan sebelum ke Macau.
Hafiz mahu tingkatkan tahap kecergasan sebelum ke Macau.
Hafiz mahu tingkatkan tahap kecergasan sebelum ke Macau.

KUALA LUMPUR: Walaupun menang straight set ke atas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei pada perlawanan simulasi Rabu lalu, ia masih belum mencukupi buat pemain perseorangan kedua negara, Muhammad Hafiz Hashim.

Hafiz menewaskan Chong Wei 21-10, 23-21 pada perlawanan yang diadakan khas untuk pemain-pemain negara sebelum berangkat ke Macau bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Thomas/Piala Uber bermula 14 hingga 19 Februari ini.

“Saya beraksi seperti perlawanan sebenar dan telah cuba bermain bersungguh-sungguh. Biarpun dapat menewaskan Chong Wei, tetapi masih tidak berpuas hati kerana saya rasakan dia tidak memberi gaya permainan sebenar.

“Pada set kedua barulah saya rasa ada saingan. Saya percaya jika dia memulakan rentak sebenar pada set pertama, saya mungkin tidak akan menang,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam Rabu.

Pun begitu, Hafiz tidak menafikan bahawa tahap keyakinannya semakin tinggi menjelang aksi kelayakan Piala Thomas nanti walaupun sedar ada beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan.

“Dari segi mental dan taktikal saya sudah bersedia, tetapi tahap kecergasan saya belum memuaskan. Mungkin tidak ada rehat yang cukup. Saya akan cuba membaiki situasi itu dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Sementara itu di Macau nanti saya akan cuba mendapatkan satu mata untuk membantu negara, dan tugas sebagai pemain kedua bukanlah mudah.

"Apa yang penting sekarang saya perlu memberi fokus sepenuhnya pada perlawanan ini,”katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain