Wembley Arena:Gelanggang Neutral Untuk Semua Pemain - Sukan | mStar

Wembley Arena:Gelanggang Neutral Untuk Semua Pemain

KUALA LUMPUR: Wembley Arena yang menjadi gelanggang acara badminton Olimpik London 2012, bukan gelanggang bertuah mana-mana pemain untuk merangkul emas bagi perseorangan lelaki, kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi.

Malah katanya, gelanggang berkapasiti 12,500 tempat duduk itu mungkin menjadi medan neutral bagi pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dan musuh ketatnya Lin Dan dari China, memandangkan kebanyakan kejohanan badminton di United Kingdom selama ini berlangsung di Birmingham.

"Ya, Lin Dan menumpaskan Chong Wei pada Kejohanan Dunia 2011 yang diadakan di Wembley Arena, tetapi Lin Dan terpaksa bertarung tiga set untuk menundukkan jaguh Malaysia itu.

"...saya harap Chong Wei berupaya menterbalikkan keputusan itu jika kedua-dua mereka bertemu pada saingan akhir perseorang lelaki Olimpik tahun depan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Lin Dan menundukkan Chong Wei 20-22, 21-14, 23-21 ketika pertemuan kejohanan dunia itu.

Wembley Arena yang dibina pada 1934 dan diubah suai pada 2006, terkenal sebagai venue konsert antarabangsa namun akan diubah menjadi medan acara badminton dan gimnastik berirama pada Olimpik London 2012.

Olimpik musim panas itu akan diadakan di bandar raya London dari 27 Julai hingga 12 Ogos tahun depan.

Mengulas lanjut, Sieh berkata di atas kertas, Lin Dan mempunyai kelebihan selepas menjuarai Kejohanan Dunia 2011 di venue olimpik itu, namun tekanan menjadi pemain pilihan mungkin meninggalkan kesan kepadanya.

Beliau memberi contoh kejayaan pemain Indonesia, Taufik Hidayat memenangi perseorangan lelaki pada Olimpik Athens 2004, sekalipun pemain pilihan ialah Peter Gade dari Denmark.

Jaguh Indonesia itu menewaskan Peter Gade pada saingan suku akhir sebelum menundukkan Shon Seung-mo dari Korea Selatan 15-8, 15-7 untuk meraih emas.

"Justeru saya fikir tiada siapa boleh mendakwa Wembley Arena akan menjadi gelanggang bertuahnya. Semua bergantung kepada strategi dan kekuatan mental serta fizikal pemain untuk meraih emas Olimpik yang didambakan itu," katanya.

Malaysia mengharapkan Chong Wei membawa pulang emas pertama negara pada temasya Olimpik. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain