suria

Mancini Gembira, Namun Tetap Berwaspada

Mancini tetap berwaspada walaupun pasukannya masih kekal sebagai pendahulu liga.
Mancini tetap berwaspada walaupun pasukannya masih kekal sebagai pendahulu liga.
Mancini tetap berwaspada walaupun pasukannya masih kekal sebagai pendahulu liga.

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini memuji anak buahnya selepas menang 1-0 ke atas Arsenal pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung awal pagi Isnin.

David Silva menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-53 sekali gus mengekalkan kedudukan pasukannya di tangga teratas dengan 41 mata, meninggalkan dua mata juara bertahan Manchester United (39 mata).

Mancini dapat merasakan ketegangan di kalangan pemain-pemainnya selepas tewas kepada Chelsea baru-baru ini dalam misi mengekalkan gelaran sebagai pendahulu liga.

“Saya rasa kami layak menang perlawanan ini. Kami mempunyai separuh peluang untuk mendapatkan jaringan namun Silva telah menyelamatkan keadaan dan kami masih berada di atas.

“Saya juga gembira dengan kemenangan ini kerana selepas kalah minggu lalu, penting bagi kami untuk menang ke atas Arsenal walaupun sedar ia tugas sukar memandangkan The Gunners merupakan pasukan yang kuat setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mancini sedar kedudukannya itu masih belum selamat kerana United kini semakin menghampiri bagi perebutan gelaran juara liga.

“Kami tahu United merupakan pasukan yang bagus dan saya tidak rasa kami akan menang tanpa melawan mereka, Kemungkinan untuk berada di tempat kedua tetap ada jika tidak berwaspada.

"Namun apa yang penting kami akan cuba kekal kedudukan sehingga tamat musim ini,” katanya.

Barisan pemain:

MANCHESTER CITY: Hart, Richards, Kolo, Kompany, Zabaleta, Yaya, Barry, Silva, Balotelli, Nasri, Aguero (pemain simpanan): Pantilimon, Lescott, Savic, Milner, De Jong, A. Johnson, Dzeko.

ARSENAL: Szczesny, Mertesacker, Vermaelen, Koscielny, Djourou, Arteta, Walcott, Ramsey, Song, Van Persie, Gervinho. (Pemain simpanan): Almunia, Miquel, Frimpong, Rosicky, Benayoun, Arshavin, Chamakh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain