suria

Hughton Pengurus Birmingham?

BEKAS pengurus Newcastle, Chris Hughton dijangka dikesahkan sebagai pengurus baru Birmingham dalam tempoh 24 jam.

Hughton bakal menggantikan Alex McLeish di kelab St Andrew itu. McLeish meletakkan jawatan lebih seminggu lalu kerana menggantikan Gerard Houllier sebagai pengurus Aston Villa.

Dia dipercayai menewaskan Roberto Di Matteo dalam persaingan untuk meneraju kelab The Blues itu.

Hughton juga merupakan bekas staf kejurulatihan di Tottenham.

Artikel Lain