suria

Malaysia Kalahkan New Zealand Dalam Pusingan Kelayakan FIP 2011

PEKAN: Malaysia mengalahkan New Zealand 9-8 dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan Zon D Piala Dunia Persekutuan Polo Antarabangsa (FIP) 2011 di Padang Polo Diraja Pahang di sini Selasa.

Dengan kemenangan itu, Malaysia layak mewakili Zon D ke kejohanan akhir di San Luis, Argentina dari 11 hingga 25 Oktober nanti.

Huziani Yunos menjaringkan lima gol untuk Malaysia, menjaringan satu gol dalam setiap tiga chukka pertama dan mengakhiri dengan satu 'brace' dalam chukka keempat.

Penjaring lain ialah Edham Shahruddin, Tengku Ahmad Shazril ketua pasukan Shaikh Reismann.

Pemain New Zealand, Andrew Parrott juga menjaringkan lima gol sementara Kit Brooks menjaringkan dua gol dan Gary Vickers satu gol.

Tiga pasukan teratas di sini akan layak ke perlawanan akhir.

Malaysia menetapkan sasaran tinggi untuk memenangi kejohanan kelayakan atau setidak-tidaknya menduduki tiga teratas untuk layak ke akhir Piala Dunia.- BERNAMA

Artikel Lain