suria

Sukma (Silambam): Kedah Bolot Tiga Emas Pada Hari Pertama

KUALA LUMPUR: Kedah membolot tiga pingat emas pada hari pertama acara silambam pada temasya Sukan Malaysia ke-14 di sini Sabtu.

Skuad silambam negeri itu diperoleh menerusi R.Prakash (kategori lelaki 51-55kg), C.Malathy (kategori wanita 46-50kg) dan S.Kaviarasi dalam kategori wanita 51-55kg.

Ketua jurulatih Kedah R.Valaibelan berkata kemenangan itu adalah hasil usaha keras dan semangat kerjasama yang tinggi dalam dalam pasukan.

Beliau berharap skuad didikanya mampu meraih sekurang-kurangnya satu lagi pingat emas pada Ahad.

Prakash meraih pingat emas setelah berjaya mengumpul 34.8 mata mengalahkan R.Gajenthiran dari Perak yang memperolehi 26.2 mata.

"Ini adalah pingat emas kedua saya di peringkat Sukan Malaysia dan saya harap dapat mempertahankan pingat emas pada edisi berikutnya," katanya.

Pada Sabtu, sebanyak lapan pingat emas, lapan pingat perak dan 16 pingat gangsa ditawarkan dalam acara silambam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain