suria

Sukan Subjektif Mungkin Gugur Jika Timbul Kontroversi Dalam Soal Pengadilan:MSN

KUALA LUMPUR: Sukan subjektif mungkin tidak lagi disenaraikan dalam temasya Sukan Malaysia sekiranya mutu pengadilan menimbulkan kontroversi pada edisi ke-14 di sini bulan depan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong meminta pihak juri dari persatuan sukan supaya tidak berat sebelah dalam mengadili persembahan atlet dalam acara masing-masing.

Pihak MSN, selaku penganjur, akan sentiasa memantau perkara itu sepanjang temasya sukan itu dari 2 hingga 12 Jun ini, katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan barisan exco Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di MSN, Bukit Jalil, di sini, Khamis.

Anggota exco SAM yang diketuai presidennya, Ahmad Khawari Isa kemudiannyaa di bawa melawat sekretariat dan persediaan Pusat Media Utama di situ.

Zolkples, yang juga Pengerusi Pengelola Sukan Malaysia Kuala Lumpur ke-14, berkata pihak juri perlu bersikap profesional dan jangan menjadi atlet sebagai mangsa pengadilan berat sebelah.

Sebanyak 19 jenis sukan akan dipertandingkan tahun ini dengan sukan subjektif terdiri daripada acara bina badan, judo dan silambam.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain