suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

City Rampas Tempat Ketiga EPL

MANCHESTER: Carlos Tevez menjaringkan dua gol untuk membantu Manchester City merampas tempat ketiga dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Stoke City 3-0 pada Selasa.

Kemenangan itu memberi jaminan kepada City untuk mengisi slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Bintang Argentina itu pantas menyempurnakan tandukan Joleon Lescott dengan penyudah berbisa.

City kini mengatasi Arsenal dan meniup peluang untuk tidak beraksi pada saingan playoff bagi melayakkan diri ke kejuaraan Eropah.

Anak buah Mancini mengutip 68 mata manakala Arsenal di tempat keempat dengan 67 mata berbekalkan baki satu perlawanan.

Masa depan Tevez bersama City masih menjadi tanda tanya sejak dia mengemukakan surat perpindahan pada Disember lalu.

Bagaimanapun, Mancini menegaskan Tevez sudah menyuarakan hasrat untuk kekal di Eastlands bagi memburu kejuaraan Eropah musim depan.

"Dia amat penting buat City. Saya yakin dia akan kekal di sini musim depan. Kami tiada masalah. Dia hanya memberitahu akan kekal kerana masih ada kontrak selama lima tahun," kata Mancini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain