suria

Man City Layak Ke Liga Juara-Juara Musim Depan

PASUKAN Manchester City menempah kedudukan layak ke saingan Liga Juara-Juara (CL) musim depan apabila berjaya mara ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan pasukan Tottenham Hotspur 1-0 di Eastlands awal pagi Rabu.

Kesilapan Peter Crouch yang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-30 meranapkan impian Spurs untuk menambah mata dan kini terpaksa menghuni kedudukan keenam, dengan 56 mata.

Aksi itu sekali gus memberi kelegaaan kepada pengurus Man City, Roberto Mancini, lebih-lebih lagi pasukannya juga bakal beraksi pada saingan akhir Piala FA menentang Stoke City.

Man City kini masih mempunyai peluang untuk memintas Arsenal di tangga ketiga dengan baki dua perlawanan sekali gus meraih tiket automatik serta mengelak dari terpaksa beraksi dalam playoff.

Artikel Lain