Venue Urusetia Sukan Sea Di Bangunan 15 Tingkat - Sukan | mStar

Venue Urusetia Sukan Sea Di Bangunan 15 Tingkat

KUALA LUMPUR: Sumatera Selatan yang akan menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA ke-26 November ini telah menyediakan pejabat sekretariat dan pusat penyiaran kejohanan di bangunan 15 tingkat di Kompleks Sukan Jakabaring di Palembang.

Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) berkata pembinaan bangunan tersebut yang akan menempatkan sekretariat daripada 11 negara peserta yang bertanding sudah hampir siap.

Ketua pejabat KONI Sumatera Selatan, Muddai Madang dipetik akhbar Jakarta Post hari ini sebagai berkata. bangunan itu sebenarnya milik Bank Sumsel Babel tetapi pihak pemerintah Palembang bersetuju untuk membenarkan sekretariat Sukan SEA menggunakannya sebelum ia dijadikan bangunan pejabat biasa.

Muddai berkata semua negara peserta akan mempunyai pejabat di tingkat empat bangunan tersebut.

"Pusat penyiaran Sukan SEA akan ditempatkan di tingkat lima sementara sidang akhbar dan mesyuarat pegawai akan diadakan di tingkat pertama. Kami juga sedang menyediakan kemudahan internet dan tempat makanan untuk keperluan para wartawan," katanya.

Beliau berkata pembinaan bangunan itu hampir 90 peratus siap dan boleh digunakan sebelum kejohanan bermula.

Palembang dan Jakarta sama-sama menjadi hos Sukan SEA ke-26 dari 11 hingga 25 Nov.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Vettel Juara Formula Satu GP Malaysia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara