suria

Kontrak Misbun Masih Dalam Rundingan

KUALA LUMPUR: Kontrak jurulatih Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih dalam rundingan, kata Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai.

Beliau berkata isi kandungan kontrak tersebut masih belum diputuskan antara Misbun dan BAM.

Namun, Ng memberi jaminan bahawa perkara itu akan selesai dalam bulan ini.

"Kita (BAM) akan umumkan perkara ini dan sebarang perkembangan terkini kepada media dalam bulan ini juga," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Pada mesyuarat majlis BAM Jumaat lepas, Presidennya Datuk Mohd Nadzmi Salleh mengumumkan bahawa Misbun bersetuju untuk menarik balik surat peletakan jawatannya yang bertarikh 31 Disember lepas dan badan induk badminton itu akan menawarkan kontrak baru kepada jurulatih tersebut dalam tempoh terdekat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain