suria

Ferguson Yakin Menang Besar Di Tempat Sendiri

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson percaya kelebihan satu mata beraksi di tempat sendiri minggu depan bakal membawa tuah bagi pasukannya selepas menang 1-0 ke atas Chelsea pada saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (CL) di Stamford Bridge awal pagi Khamis.

Penyerang sensasi United, Wayne Rooney berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-24 sekali gus memberi harapan cerah untuk meraih kemenangan pada saingan kedua suku akhir di Old Trafford minggu depan.

Ferguson berkata, kemenangan ini merupakan kelebihan bagi skuadnya, tetapi lebih yakin kejayaan besar akan dicapai tempat sendiri.

“Kami perlu lebih berhati-hati dan perlu menunjukkan prestasi seratus peratus. Saya yakin keadaan di stadium akan membantu pasukan ini menghadapi lawan nanti.

"Ia adalah perlawanan sengit di laman sendiri dan sebelum itu kami sudah bersedia bertemu Fulham dalam saingan Liga Inggeris Sabtu ini," katanya.

Sementara itu, Ferguson turut menjelas mengenai sepakan penalti yang dikatakan wajar diberikan kepada pasukan Chelsea selepas Patrice Evra menjatuhkan Ramires, namun tidak dilayan oleh pengadil.

“Saya tidak berasa bersalah dengan tindakan itu kerana ia adalah situasi 50-50,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain