Lebih 200 Polis Selangor Bertugas Sempena F1 - Sukan | mStar

Lebih 200 Polis Selangor Bertugas Sempena F1

SHAH ALAM: Seramai 263 anggota dan pegawai polis Selangor akan menjaga keselamatan dan aliran lalu lintas sempena perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang dari 8 hingga 10 April ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pada 10 April iaitu hari perlumbaan sebenar, polis akan mula mengawal lalu lintas di sekitar kawasan litar mulai pukul 12 tengah hari hingga 3 petang dan membuka beberapa laluan kontra bagi melicinkan pergerakan kenderaan ke litar perlumbaan.

Laluan kontra yang dibuka ialah dari Plaza Tol Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga melepasi jejambat yang menyusuri ke bulatan Jalan Pekeliling dan dari persimpangan Jalan Dagang di Km1.4 ke persimpangan lampu isyarat Bukit Tinjau.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Ops Payung Fasa Kedua di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini, Tun Hisan berkata mereka yang menuju ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) dinasihat menggunakan laluan sebelah kanan kontra bagi memudahkan perjalanan ke LCCT.

"Bagi mengatasi masalah kesesakan ketika kenderaan memasuki kawasan letak kereta litar itu, semua kenderaan pengunjung boleh memasuki mana-mana tempat meletak kereta di litar itu. Mereka hanya perlu membayar RM50 untuk kegunaan pada 9 dan 10 April ini," katanya.

Bagi aliran keluar pula, Tun Hisan berkata kenderaan dari litar akan melalui bulatan Pekeliling dan menuju ke bulatan berhampiran Concorde KLIA serta membuat pusingan U ke bulatan Pekeliling bagi memasuki jalan ke tol KLIA. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super

Artikel Berikut

Mohd Zafril Umum Bersara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain