Liverpool Calar Maruah United - Sukan | mStar

Liverpool Calar Maruah United

Kuyt (kiri) meraikan gol ketiganya bersama rakan sepasukan, Raul Meireles ketika pertemuan sengit di Anfield. Liverpool menang 3-1 ke atas United.
Kuyt (kiri) meraikan gol ketiganya bersama rakan sepasukan, Raul Meireles ketika pertemuan sengit di Anfield. Liverpool menang 3-1 ke atas United.

LONDON: Jaringan hatrik penyerang Liverpool, Dirk Kuyt menjejaskan harapan Manchester United untuk memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-3 di Anfield, Ahad malam.

Anak buah Sir Alex Ferguson itu menanggung kekalahan kedua selepas kecundang 1-2 kepada Chelsea pada Selasa, meletakkan mereka dengan hanya dua mata di depan Arsenal.

Kuyt membuka jaringan seawal minit ke-36 selepas memanfaatkan hantaran Luiz Suarez sebelum menggandakan gol lima minit kemudian apabila pantas mencuri peluang hasil kesilapan yang dilakukan Nani.

Pemain kebangsaan Portugal itu tidak bernasib baik apabila mengalami kecederaan selepas menerima terjahan kasar Jamier Carragher. Akibatnya, dia terpaksa diusung keluar padang pada minit ke-45.

Kuyt terus meletakkan Liverpool di depan pada babak kedua dengan penyudah mudah selepas penjaga gol Edwin van der Sar gagal menahan sepakan percuma Suarez.

Namun, usaha pemain gantian United, Javier Hernandez pada saat akhir sudah terlambat untuk mengekang kemaraan pasukan tuan rumah.

Red Devils kini mengumpul 60 mata daripada 29 perlawanan manakala Arsenal dengan 57 mata dengan baki satu perlawanan dalam tangan.

Manchester City pula menduduki tempat ketiga dengan 53 mata daripada 29 perlawanan.

Artikel Sebelum

Keputusan Serie A

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain