suria

Rooney Bantu United Elak Aib

Rooney meraikan jaringannya dengan Nani.
Rooney meraikan jaringannya dengan Nani.
Rooney meraikan jaringannya dengan Nani.

LONDON: Wayne Rooney membantu Manchester United mengelak aib apabila menjaringkan gol kemenangan pada saat akhir untuk menundukkan Manchester City 2-1 di Old Trafford, Sabtu.

United mendahului seawal minit pertama menerusi jaringan Nani tetapi David Silva berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-65.

Pada minit ke-78, rembatan cantik Rooney memastikan pasukan kendalian Sir Alex Ferguson kekal berkuasa di kedudukan teratas liga dalam usaha memburu trofi kejuaraan musim ini.

Gol keenam Rooney musim ini membantu United kekal di depan Arsenal dengan kelebihan tujuh mata manakala City di tempat ketiga.

Silva nyaris meletakkan City di depan seawal minit keempat selepas bermain satu dua dengan Carlos Tevez tetapi percubaannya tersasar jauh.

City yang menguasai perlawanan pada babak pertama gagal memecah kebuntuan dan rayuan penalti mereka terhadap Patrice Evra selepas bola terkena tangan pemain United itu ditolak pengadil Andre Marriner.

Anak buah Ferguson mula menemui rentak menerusi gerakan solo Nani yang melepasi kawalan penjaga gol, Joe Hart pada minit ke-41.

City meletakkan pasukan itu kembali dalam persaingan apabila Silva mengikat kedudukan pada minit ke-65.

Namun Rooney mencuri tiga mata penuh daripada City dengan menjaringkan gol kemenangan selepas menerima hantaran Nani pada minit ke-78.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bendtner Mungkin Tinggalkan Arsenal

Artikel Lain