suria

Ivanovic Kekal Di Stamford Bridge Hingga 2016

Ivanovic perbaharui kontrak bersama Chelsea.
Ivanovic perbaharui kontrak bersama Chelsea.
Ivanovic perbaharui kontrak bersama Chelsea.

PEMAIN pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic menandatangani kontrak baru yang menyaksikannya kekal di Stamford Bridge dalam tempoh lima tahun setengah lagi.

Kontrak baru itu sah sehingga musim panas 2016.

Pemain kebangsaan Serbia yang beraksi di bek kanan itu melakukan 99 penampilan untuk The Blues sejak tiba dari Lokomotiv Moscow pada 2008.

"Ia berita gembira untuk saya demi melonjakkan karier saya pada masa hadapan. Saya mahu memberikan persembahan semaksimum mungkin dan cuba membantu Chelsea memenangi lebih banyak trofi.

"Saya sentiasa mahu kekal bersama Chelsea kerana kelab ini masih memerlukan saya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menguruskan kontrak baru itu. Saya amat gembira," katanya dalam laman web kelab itu.

Artikel Berikut

Bendtner Mungkin Tinggalkan Arsenal

Artikel Lain