suria

Liverpool Tidak Hargai Pemain: Mascherano

PEMAIN tengah Barcelona, Javier Mascherano kecewa dengan tindakan Liverpool dalam mengendalikan isu perpindahan Fernando Torres, walaupun dia sendiri bersetuju meninggalkan kelab itu.

Pemain antarabangsa Argentina yang juga bekas pemain The Reds ini menggelarkan pengurusan teruk kerana pemain terpaksa meninggalkan kelab selepas memberi khidmat yang baik, dengan mendakwa ‘orang-orang di Liverpool tidak menunjukkan minat untuk untuk menyimpan mereka’, biarpun sebelum ini dia menolak tawaran kontrak untuk terus di Anfied.

Berikutan perpindahan Torres ke Chelsea, pemain Sepanyol itu turut dikecam kerana komen pedasnya kepada kelab itu yang mengatakan dia lebih baik ke Stamford Bridge daripada terus berada di Anfield.

“Saya tidak terkejut dengan apa yang terjadi ke atas Fernando. Selepas saya meninggalkan Liverpool, ia seperti menggambarkan saya telah membunuh seseorang. Ia sangat sedih apabila seseorang itu telah melakukan perkara penting kepada kelab, namun terpaksa meninggalkan kelab itu melalui pintu belakang.

“Lebih kecewa lagi apabila pihak media dan kelab tealh menyakinkan penyokong-penyokong dengan mengatakan salah pemain, namun hakikatnya Liverpool sendiri yang tidak menunjukkan minat kepada kami.

“Paling penting, kebanyakan pemain meninggalkan kelab dengan cara yang tidak elok. Saya telah memberitahu Fernando bahawa dia tidak perlu risau kerana dia telah melakukan yang terbaik untuk kelab itu. Walaupun tanpa memenangi sebarang trofi, tetapi dia adalah pemain penting yang telah membantu kelab setiap masa,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain