TM Terus Jadi Penaja Rasmi Jersi Kuning - Sukan | mStar

TM Terus Jadi Penaja Rasmi Jersi Kuning

KUALA LUMPUR: TM sekali lagi tampil sebagai penaja rasmi Jersi Kuning yang bakal disarungkan kepada juara keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bakal membuka tirainya 23 Januari hingga 1 Februari ini.

Ketua Pegawai Pemasaran TM, Rozalila Abdul Rahman berkata, penglibatan TM dalam LTdL telah bermula sejak edisi pertama perlumbaan ini diadakan sejak 1996.

"Tahun ini menandakan tahun ke-16 penglibatan TM dalam sukan berbasikal tahunan dan membuktikan komitmen berterusan syarikat terhadap pembangunan sukan negara, bukan sahaja di peringkat tempatan, malah di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media, Isnin.

Rozalila berkata, TM bukan sahaja menaja Jersi Kuning malah turut menjadi peranan utama sebagai pembekal telekomunikasi sepanjang perlumbaan ini berlangsung.

"Telekomunikasi memainkan peranan penting kerana ia bukan sahaja melibatkan media tempatan, malah turut melibatkan media antarabangsa. Dengan lebih kurang sepuluh pusat media yang akan disediakan sepanjang sepuluh hari perlumbaan ini, kami yakin akan terus membuka peluang perhubungan awam dan penjenamaan yang berharga buat syarikat," katanya.

TM bakal melengkapkan sekretariat dan pusat media dengan kemudahan telekomunikasi yang merangkumi telefon talian tetap, faks, capaian internet, dan juga komputer riba.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Mohamad Salleh berkata, jersi kuning ini akan disarungkan kepada pelumba terbaik keseluruhan dan diharap tahun ini ada pelumba Malaysia yang mampu meraih gelaran itu.

"Perlumbaan tahun ini dijangka lebih sengit dengan 22 pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan mereka dan kami masih lagi menunggu satu lagi pasukan untuk bersaing. Mungkin esok (Selasa) kita akan tahu pasukan mana yang akan menjadi pasukan ke-23 menyertai perlumbaan ini," katanya.

Tahun lalu, pelumba dari Colombia, Jose Rujano telah dinobatkan sebagai pemenang Jersi Kuning.

Artikel Sebelum

Tersingkir Awal, Wei Feng tetap puas hati

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain