suria

Liverpool Tewas Mengejut Kepada Blackpool

Reaksi kecewa Raul Meireles (kanan) selepas terlepas peluang menjaringkan gol untuk Liverpool.
Reaksi kecewa Raul Meireles (kanan) selepas terlepas peluang menjaringkan gol untuk Liverpool.
Reaksi kecewa Raul Meireles (kanan) selepas terlepas peluang menjaringkan gol untuk Liverpool.

BLACKPOOL: Kenny Dalglish mengakui berdepan cabaran lebih besar selepas Liverpool tewas mengejut 1-2 kepada Blackpool di Bloomfield Road pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Rabu.

Jaringan berharga dari Gary Taylor-Fletcher dan DJ Campbell membantu Blackpool mencatat kemenangan ke atas Liverpool sejak 1947.

Blackpool ketinggalan di belakang selepas penyerang Fernando Torres membuka jaringan seawal untuk Liverpool pada minit ketiga.

Ia adalah tugasan pertama Dalglish bersama Liverpool dalam tempoh 19 tahun selepas menggantikan Roy Hodgson buat sementara waktu sehingga hujung musim.

Peranannya mungkin bertukar ke sepenuh masa anda beliau memenuhi segala kriteria yang ditetapkan pengarah strategi bola sepak Liverpool, Damien Comolli.

"Kami sangat kecewa kerana gagal mengutip mata di gelanggang lawan. Torres beraksi dengan cemerlang dan gol pertama Liverpool hadir hasil kesilapan lawan.

"Kami cuba mencari jalan untuk menemui gol kedua tetapi gagal. Kami bermain dengan cara tersendiri dan pemain menunjukkan komitmen dan sentiasa berusaha keras," kata Dalglish.

Ia adalah kekalahan kedua Dalglish selepas anak buahnya tewas 0-1 kepada Manchester United dalam aksi Piala FA, Ahad lalu.

Prestasi The Reds musim ini terus hambar sejak pemecatan Rafael Benitez pada kempen pra musim.

Artikel Berikut

Artikel Lain