suria

United Kekal Tangga Teratas EPL

MANCHESTER United mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas menundukkan Sunderland 2-0 di Old Trafford pada Ahad.

Dimitar Berbatov (gambar) membuka jaringan seawal minit kelima dan 57 sekali gus meletakkan Red Devils di kedudukan selesa sehingga wisel penamat dibunyikan.

United tampak berbisa terutama di bahagian serangan dan dilihat nyaris menjaringkan lebih banyak gol ke atas Sunderland.

Pasukan kendalian Steve Bruce yang tidak pernah menewaskan United dalam 15 pertemuan terdahulu mempertaruhkan formasi 4-4-2 dengan menurunkan Darren Bent dan Asamoah Gyan.

Sunderland kehilangan tonggak utama Lee Cattermole untuk memperkuat barisan tengah akibat digantung perlawanan dan posisinya diganti Cristian Riverors serta Jordan Henderson.

Begitupun, ketiadaan Danny Welbeck yang menyuntik kejayaan United ke atas Chelsea bulan lalu turut dirasai memandangkan dia kini dipinjamkan ke kelab lain.

Ryan Giggs melakukan hanya enam penampilan musim ini tetapi tetap mempamerkan aksi mantap yang melayakkannya memperoleh gelaran pemain terbaik untuk musim 2008/2009.

BARISAN PEMAIN

Manchester United: Van der Sar, Rafael, Ferdinand, Vidic, Evra, Park, Carrick, Anderson, Giggs, Rooney, Berbatov (Pemain gantian: Kuszczak, Neville, Smalling, Gibson, Macheda, Hernandez, Babe)

Sunderland: Gordon, Elmohamady, Onuoha, Ferdinand, Bardsley, Malbranque, Henderson, Riveros, Zenden, Bent, Gyan (Pemain gantian:Mignolet, Angeleri, Da Silva, Meyler, Cook, Adams, Reed)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain