suria

Lao Yi Dan Chisato, Pelari Terpantas Asia

GUANGZHOU: Lao Yi dari China dan Chisato Fukushima dari Jepun muncul sebagai pelari lelaki dan wanita terpantas di Asia selepas menungguli acara pecut 100m pada Sukan Asia ke-16 di Stadium Utama Aoti, di sini, Isnin.

Lao berjaya memintas pencabar lain di peringkat akhir dengan catatan 10.24 saat untuk merangkul emas diikuti rapat oleh atlet Arab Saudi Yasir Baalghayth Al-Nasir (10.26s) dan Barakat Al-Harthi dari Oman dengan 10.28s.

Raja pecut itu, bagaimanapun, masih jauh dari rekod Asia iaitu 9.99s yang dipegang oleh atlet Qatar, Francis Samuel Adelebari, yang dicipta pada Kejohanan Trek dan Balapan Asia di Amman, Jordan, pada 2007.

Dalam acara pecut wanita, Chisato mencipta masa 11.33s untuk pingat emas tetapi gagal mengancam rekod Asia 10.79s yang dicipta oleh Li Xuemei dari China di Shanghai pada 1997.

Guzel Khubbiera dari Uzbekistan merangkul pingat perak dengan masa 11.34s manakala pingat gangsa jadi milik pelari Vietnam, Vu Thi Huong dengan catatan 11.43s. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gallas Kapten Baru Spurs

Artikel Lain