suria

Piala Emas: Terengganu Turun Sebagai Underdog

KUALA TERENGGANU: Terengganu membuat persiapan rapi dalam usaha menghadapi saingan bola sepak Piala Emas Raja-Raja peringkat suku akhir pertama menentang Perak di tempat lawan, Sabtu ini.

Jurulatih Terengganu Mohd Nik berkata Perak dan Terengganu merupakan johan dan naib johan di peringkat kumpulan.

"Kedua-dua pasukan itu akan bertemu sekali di peringkat yang sama di Terengganu pada 20 Nov ini untuk menentukan pasukan yang layak ke separuh akhir," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Mohd berkata Terengganu akan turun sebagai pasukan bukan pilihan dan tiga pemain Liga Super daripada pasukan T'Team iaitu Shahrul Ezrain Shamsuddin, Mohd Saiful Ezrain Shamsudin dan Mohd Shahril Saari menjadi tonggak utama.

Terengganu, yang menjadi juara tiga kali Piala Emas Raja-Raja dengan kali terakhir pada tahun 2000, sedang memburu kejuaraan buat kali keempat piala itu tahun ini.

Mohd yakin impian Terengganu akan dapat direalisasikan memandangkan komitmen pemain yang berjaya mengalahkan juara Piala Emas Raja-raja 12 kali, Singapura di peringkat saringan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wilkins Tinggalkan Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Lain