Ratu Lompat Galah Negara Azam Raih Pingat Di Sukan Asia - Sukan | mStar

Ratu Lompat Galah Negara Azam Raih Pingat Di Sukan Asia

KUALA LUMPUR: Kegagalan mempamerkan aksi cemerlang pada Sukan Komanwel lepas membakar semangat ratu lompat galah negara Roslinda Samsu untuk meraih pingat pada Sukan Asia di Guangzhou, China bulan depan. Bercakap kepada Bernama di sini Jumaat, Roslinda berkata beliau akan cuba memberi persembahan terbaik pada temasya yang akan berlangsung dari 13 hingga 21 November itu.

"Kita dah tahu Sukan Asia adalah kejohanan yang besar dan lebih ramai atlet 'top' terutama dari China yang akan bertanding...tapi saya akan tetap mencuba sebaik mungkin untuk menyumbangkan pingat," katanya.

Roslinda pulang dengan tangan kosong pada Sukan Komanwel lepas, apabila hanya berupaya melakukan lompatan 3.95 meter berbanding catatan terbaiknya 4.40m dan menamatkan saingan akhir di tempat ke-10.

Keputusan itu menunjukkan kemerosotan ketara memandangkan beliau pernah meraih perak pada Sukan Asia Doha 2006 dengan lompatan 4.35m, dan pada Sukan Komanwel di Melbourne, Australia tahun yang sama Roslinda mencatatkan 4.25m.

Roslinda berkata kemerosotan itu mungkin disebabkan persediaannya yang kurang sempurna.

"Persediaan untuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia sebenarnya bagi saya tak berapa baik. Saya tidak diberi peluang untuk bertanding di kejohanan-kejohanan besar dan kurang pendedahan di luar negara, jadi dah kurang kompetitif," kata pemegang rekod kebangsaan itu.

Roslinda berkata beliau akan menyertai kejohanan Olahraga Terbuka Kebangsaan pada akhir bulan ini sebagai acara pemanas badan sebelum ke Guangzhou. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain