suria

Pendaftaran Persatuan Sukan Dalam Talian Mulai Disember

KUALA LUMPUR: Pendaftaran persatuan dan kelab sukan boleh dilakukan secara dalam talian mulai Disember ini, kata Pesuruhjaya Sukan, Datuk Nik Mahmud Nik Yusuf.

Katanya sistem tersebut hampir siap dibangunkan bagi memudahkan urusan pendaftaran termasuk bagi pembayaran yuran.

"Dengan adanya sistem ini, pihak pendaftar tidak perlu lagi menghantar borang pendaftaran ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) sebaliknya semua urusan dapat dilakukan secara dalam talian," katanya kepada Bernama, Rabu.

"Selain urusan pendaftaran, pelayar juga boleh melakukan pengaksesan data secara terus dari pangkalan data PPS," kata Nik Mahmud.

Setakat ini, katanya PPS telah mendaftar sebanyak 3,965 persatuan dan kelab sukan seluruh negara dari peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Pesuruhjaya Sukan Datuk Nik Mahmud Nik Yusuf berkata sistem tersebut diperkenalkan bagi memudahkan lagi proses urusan pendaftaran sesebuah persatuan atau kelab sukan diseluruh negara.

"Usaha pembinaan sistem tersebut kini telah hampir siap dan ianya dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini," katanya kepada Bernama disini, Rabu.

Nik Mahmud berkata dengan adanya sistem tersebut urusan pendaftaran dapat dilakukan secara cepat dan mudah berbanding dengan sistem pendaftaran secara manual yang digunakan sebelum ini.

"Mereka yang berada diluar Kuala Lumpur tidak perlu lagi bersusah payah berulang alik datang ke PPS untuk membuat pendaftaran dan ini akan menjimatkan masa dan kos," katanya.

Beliau harap dengan ada sistem itu pihak persatuan atau kelab tidak lagi menghadapi kesukaran dalam melakukan urusan pendaftaran.

"Selain daripada urusan pendaftaran, pelayar sistem yang mendapat kebenaran dari PPS boleh mengakses data berkaitan secara terus daripada pengkalan data PPS," katanya.

Nik Mahmud berkata sehingga hari ini pihaknya telah mendaftarkan sebanyak 3,965 persatuan dan kelab sukan bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain