suria

Hodgson Tetap Percayakan Pemain-Pemainnya

PENGURUS Liverpool, Roy Hodgson mengakui sesetengah pemain perlu bekerja keras bagi membaiki kembali reputasi pasukannya selepas terkeluar pada Piala Carling Rabu.

Tiada lagi perkara lain yang lebih besar selain meraih kemenangan selepas tunduk kepada Northampton di Anfield bagi menebus kembali memulihkan maruah mereka.

THe Reds yang bergelar tujuh kali sebagai pemenang kejohanan ini terkeluar setelah kalah 2-4 melalui sepakan penalti selepas terikat seri dua sama pada masa perlawanan.

“Saya tetap percayakan pemain-pemain saya di atas padang dengan pemain yang bertaraf antarabangsa dan pengalaman bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Ini juga adalah pengalaman baru bagi sesetengah pemain yang masih muda dan masih mencari rentak dalam perlawanan.

"Mereka juga kecewa kerana tidak menggunakan peluang dengan baik, tapi saya tahu mereka akan mendapat peluang lagi selepas ini," katanya.

Keputusan teruk ini sedikit sebanyak menggugat kedudukan di Anfiel namun ia tidak sepatutnya akan bertambah teruk selepas ini.

Dengan hanya lima mata yang dikutip sepanjang berlangsungnya EPL, Liverpool kini berada di kedudukan ke-16 kumpulan.

“Ia satu masa yang sangat getir untuk meneruskan perlawanan, tapi kami akan lebih bersedia seterusnya kembali lebih baik.

“Keputusan menggambarkan segalanya. Jika kamu kalah, semua orang bermain teruk dan salah.

“Nama kami agak buruk selepas kalah dengan Northampton, namun saya berharap pemain semua akan bangkit dan menunjukan prestasi terbaik pada perlawanan menentang Sunderland Sabtu ini,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain