suria

Presiden AFA Khianati Saya: Maradona

Tugas Maradona bersama Argentina sudah berakhir.
Tugas Maradona bersama Argentina sudah berakhir.
Tugas Maradona bersama Argentina sudah berakhir.

DIEGO Maradona menuduh Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengkhianatinya, sehari selepas mereka melakukan undian sebulat suara untuk memecat beliau daripada tugas selaku pengurus skuad kebangsaan itu.

AFA memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak Maradona ekoran kekalahan memalukan 0-4 kepada Jerman dalam aksi suku akhir Piala Dunia.

Dalam kenyataan pertamanya di khalayak ramai sejak kekalahan itu, Maradona menyalahkan Presiden AFA, Julio Grondona dan Pengarah Teknikal skuad Argentina, Carlos Bilardo sebagai dalang disebalik pemecatan beliau.

"Grondona menipu saya manakala Bilardo pula mengkhianati saya. Grondona memberitahu dia berbangga bekerjasama dengan saya dan mahu saya kekal selepas tersingkir dari aksi Piala Dunia ketika di bilik persalinan," katanya.

Maradona yang mengemudi Argentina menjuarai Piala Dunia 1986 dilantik sebagai pengurus skuad kebangsaan itu walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang kejurulatihan.

Sepanjang kariernya selaku pengurus, Maradona pernah digantung daripada tugasnya selama dua bulan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika sidang media.

Selepas mencatat kemenangan menyakinkan pada aksi pembukaan Piala Dunia, Argentina diangkat dalam calon pilihan tetapi impian Maradona untuk membawa pasukan itu ke final berjaya disekat barisan pemain muda Jerman yang jauh lebih hebat.

Sementara itu, Presiden Cristina Fernandez yang menyokong usaha keras Maradona sejak kekalahan Argentina menyuarakan rasa kecewa terhadap pemecatan legenda bola sepak dunia berkenaan.

"Dia mengambil alih skuad kebangsaan ketika Argentina berada pada saat sukar. Ramai meramal kami tidak akan melayakkan diri ke Afrika Selatan. Saya amat sedih mengenai pemecatan Diego. AFA sepatutnya perlu duduk berbincang dan menyelesaikan perkara ini bersama-sama," jelasnya.

Artikel Lain