Nicol Menang Mudah Untuk Mara Ke Suku Akhir - Sukan | mStar

Nicol Menang Mudah Untuk Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David melancarkan pemburuan bagi gelaran pertama tertutup kebangsaan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Pemain berusia 26 dari Pulau Pinang itu hanya mengambil masa 19 minit untuk menumpaskan lawannya, Liya Kareena Ibrahim 11-3, 11-5 dan 11-7 pada pertandingan yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil untuk menyertai senarai lapan pemain yang melayakkan diri.

"Kami sama-sama bermain dengan baik. Terdahulu, dia (Liya) agak gementar tetapi kemudiannya berjaya mencari rentak permainan dan memukul bola dengan baik," kata Nicol.

Katanya kejohanan itu diadakan tepat pada masanya iaitu sebelum kejohanan skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2010.

"Masanya amat sesuai. Semua pemain berada di sini sebagai persediaan bagi Terbuka Malaysia. Masanya tepat bagi setiap orang dan kami berlatih dan menentang antara satu sama lain dalam kejohanan ini," kata Nicol.

Lawannya pada suku akhir ialah Tan Yan Xin, yang mengalahkan Yong Sue Ann juga dalam straight set 11-6, 11-2 dan 11-5.

Bagi Liya Kareena, menentang pemain nombor satu dunia itu merupakan impiannya dan menganggapnya sebagai satu penghormatan.

"Adalah satu penghormatan untuk bermain menentang Nicol buat pertama kalinya. Saya mengaguminya sejak kecil lagi. Bagi saya, adalah sesuatu yang baik untuk bermain menentang pemain antarabangsa sepertinya (Nicol). Saya harap, saya akan berpeluang menentangnya lagi.

"Saya agak gementar pada mulanya...sentiasa bermain dalam fikiran saya ialah bagaimana saya harus bermain, pukulan yang perlu saya lakukan. Tidak lama kemudian saya mula mendapatkan semula rentak permainan seperti biasa," katanya.

Sementara itu, bekas juara Tertutup Kebangsaan, Sharon Wee berkata kejohanan itu merupakan platform yang baik bagi pemain skuasy tempatan untuk meningkatkan pencapaian.

"Bagi saya, saya kini seorang pemain veteran dan saya gembira bahawa kejohanan Tertutup Kebangsaan diadakan semula dan baik untuk sukan skuasy negara. Secara peribadi, saya menikmati setiap pertandingan dan saya lakukan yang terbaik. Bermain sebagai pilihan ketiga, sasaran saya ialah layak ke separuh akhir," kata Sharon.

Sementara itu, pemain lelaki pilihan pertama Malaysia, Mohd Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee memulakan aksi mereka dengan perlawanan suku akhir. Mohd Azlan akan bertemu Ng Jo Wen, yang menewaskan Aaron Soyza dalam permainan lima set 8-11, 11-7, 11-9, 9-11 dan 11-7 hari ini.

Sementara Beng Hee akan menentang Chong Kam Hing, yang sebelum itu menumpaskan Md Zul Azri 7-11, 11-5, 11-3 dan 11-9.

KEPUTUSAN

Premier Lelaki: Kamran Khan menang perlawanan selepas Mohd Asfar Azan menarik diri;

Mohd Nafiizwan Adnan mn Ahmad Zamry Esahak 11-2, 11-4, 11-5;

Choong Kam Hing mn Md Zul Azri 7-11, 11-5, 11-3, 11-9;

Ng Jo Wen mn Aaron Soyza 8-11, 11-7, 11-9, 9-11, 11-7;

Mohd Asyraf Azan mn Marcus Yuen 11-3, 11-7, 11-4;

Ivan Yuen Chee Wern mn Md. Addeen Idrakie 11-7, 11-4, 12-10.

Premier Wanita: Sharon Wee mn Teh Min Jie 11-3, 11-6, 11-5;

Zulhijah Azan mn Jadeleen Lee 11-5, 11-4, 11-4;

Low Wee Wern mn Nurdiana Laili 11-3, 11-2, 11-6;

Nessrine Arrifin mn Rachel Arnold 11-4, 11-5, 7-11, 11-6;

Nicol David mn Iiya Kareena Ibrahim 11-3, 11-5, 11-7;

Pushppa Devi mn Serene Chee 11-4, 11-3, 11-4;

Tan Yan Xin mn Yong Sue Ann 11-6, 11-2, 11-5;

Siti Munirah Jusoh mn Andrea Lee 11-2, 11-1, 11-3. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Permulaan Baik Pelayar Malaysia Di Turki

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain