Malaysia Tewaskan Vietnam 3-0 - Sukan | mStar

Malaysia Tewaskan Vietnam 3-0

KOTA KINABALU: Malaysia menewaskan Vietnam 3-0 dalam satu perlawanan pada Pesta Gabungan Bolasepak Asia (AFC) Asia Tenggara 2010 bawah 14 tahun di Stadium Likas di sini, semalam.

Malaysia, yang dibarisi oleh sembilan pemain Sekolah Sukan Bandar Penawar, melakukan serangan demi serangan pada kebanyakan separuh masa pertama.

Muhd Aiedil Shafiq membuka jaringan bagi Malaysia menerusi satu sepakan penyudah yang baik pada minit ke-12.

Akram Asidi yang menerima hantaran daripada Muhd Aiedil berjaya menembusi barisan pertahanan Vietnam untuk menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke-34.

Akram menjadi wira pasukan negara apabila berjaya menjaringkan gol ketiga negara pada minit ketiga separuh masa kedua.

Malaysia akan bertemu Singapura pagi esok dan perlawanan terakhir berhadapan Laos pada sebelah petang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Malaysia Belasah Singapura 4-1

Artikel Berikut

Negeri Sembilan Idam Emas

Artikel Berkaitan

default image

Malaysia Belasah Singapura 4-1

default image

Malaysia Tewaskan Vietnam 3-0

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain