suria

Skrin Gergasi Tonton Aksi Piala Dunia Di Batu Gajah

BATU GAJAH: Tiga skrin gergasi akan dipasang di Arena Square di sini untuk peminat bola sepak menyaksikan kejohanan Piala Dunia dari 11 Jun hingga 13 Julai ini.

Pemasangan skrin berkenaan adalah antara kerjasama syarikat Super Economy Dot Com (Super) dengan kerajaan negeri di bawah program Perak Amanjaya Fiesta Piala Dunia 2010.

"Pelbagai acara telah dirancang bagi memeriahkan fiesta ini. Kami menjangkakan lebih 500,000 peminat sukan bola sepak akan datang menyaksikan perlawanan di sini," kata Pengurus Acara Super, Shamsul Farid Zainuddin.

Program akan bermula dari 4 petang hingga 4 pagi pada hari bekerja dan dari 9 pagi hingga 4 pagi setiap Sabtu dan Ahad.

Shamsul Farid berkata pertandingan futsal akan turut diadakan pada hujung minggu yang kini 256 pasukan dari seluruh negara termasuk pasukan artis telah menghantar borang penyertaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain