suria

Larian Baton Sukma Ke-13 Melalui Dun Duyong

MELAKA: Larian baton Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 hari ini melalui kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong di sini yang disertai lebih 500 peserta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Gan Tian Loo merasmikan peringkat larian ke-17 yang bermula di Taman Rekreasi Bukit Serindit di sini sejauh 22 kilometer.

Larian baton bagi menyemarakkan semangat temasya Sukma ini melalui beberapa kawasan bersejarah seperti Masjid Pengkalan Rama dan Perigi Hang Tuah sebelum berakhir di sebuah kawasan tanah lapang di Duyong.

Ketika ditemui pemberita, Gan yang juga Pengerusi Jawantankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri berkata semua venue untuk Sukma pada Jun ini telah siap sedia 100 peratus.

"Venue utama Sukma kali ini akan memberi kepentingan jangka panjang bagi memajukan pembangunan sukan di negeri ini," katanya.

Gan pada larian baton hari ini kemudian menyerahkan baton Sukma kepada Adun Telok Mas Datuk Latiff Tamby Chik untuk larian seterusnya pada 8 Mei ini.

Artikel Lain