suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Fazli juara Pusingan Pertama Petronas Cub Prix

ALOR SETAR: Ahmad Fazli Sham daripada pasukan Yamaha Shell Advance Yamaha Maju Motor, mengungguli kategori utama CP130 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM 2009 di litar Stadium Darul Aman, di sini hari ini.

Pelumba berusia 28 tahun itu menguasai saingan sejak awal perlumbaan 15 pusingan dengan catatan masa 12:03.259 saat, manakala pelumba termuda kategori itu, Hafizh Syahrin Abdullah, 15, daripada pasukan Yamaha Petronas Sprinta Yamaha Raceline meraih tempat kedua dengan catatan masa 12:03.487s.

Tempat ketiga menjadi milik pelumba daripada pasukan Yamaha Petronas Sprinta Yamaha AHM, Mohd Zamri Baba, 27, dengan catatan masa 12:04.529s.

Bagi kategori CP115, pelumba termuda, Md Ramdan Md Rosli, 14, daripada pasukan Yamaha Petronas Sprinta Yamaha AHM muncul juara dengan catatan masa 9:53.069s setelah mendahului pelumba daripada pasukan Yamaha Petronas Sprinta Yamaha Raceline, Md Iskandar Raduan, 25, yang mencatat masa 9:55.461.

Md Amin Md Azahar, 16, daripada pasukan Yamaha Petronas Sprinta Yamaha AHM berada di tempat ketiga dengan catatan masa 9:58.324s.

Bagi kategori Wira, Md Azhar Abd Jalil, 17, daripada pasukan Yamaha Motul Yamaha YY Pang, merangkul gelaran juara dengan mencatat masa terpantas 8:30.716s dalam 10 pusingan diikuti pelumba daripada Modenas Forty One Racing, Md Syawalludin Md Zaki, 17, yang mencatat masa 8:32.010s.

Tempat ketiga Md Fitri Ashraf, 16, daripada pasukan Modenas Caviaga Cilik Racing Team yang mencatat masa 8:33.428s.

Sementara itu, juara kategori CP130, Ahmad Fazli berkata beliau gembira dengan kemenangan itu dan berazam untuk mengekalkan kejuaraan itu pada pusingan seterusnya.

"Walaupun pada saingan ujian masa semalam saya menduduki tempat kelima, tetapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya," katanya.

Pusingan kedua kejuaraan itu akan diadakan di Kluang, Johor pada 17 dan 18 April depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain