suria

All England: Chong Wei Mara Ke Peringkat Akhir

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir kejohanan Badmintaon All England, selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade, di National Indoor Arena, Birmingham, semalam.

Penentang Lee di peringkat akhir pada Ahad ialah pemenang dalam satu lagi pertandingan separuh akhir antara Bao Chunlai dari China dan Tago Kenichi, Jepun pada awal Ahad. Pemain Denmark berusia 33 tahun itu dan bekas pemain nombor satu dunia, berjaya mendahului mata pada minit-minit tertentu perlawanan.

Pertarungan yang berlangsung selama 47 minit, berakhir dengan Lee mengatasi pemain veteran Denmark itu dalam 'straight set' 21-17, 21-14.

Peluang Lee untuk merangkul kejuaraan itu kini lebih cerah setelah pemain nombor dua dunia Lin Dan, China, yang dianggap favorit untuk menjadi johan tersingkir akibat tumpas di tangan rakan senegara Bao Chunlai pada suku akhir. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain