suria

Kapal Layar "Hifi" Dari Hong Kong Raih Juara Raja Muda Selangor Regata

LANGKAWI: Kapal Layar "Hifi" yang berdaftar di Hong Kong diketuai oleh Neil Pryde meraih kejuaraan kategori terbuka keseluruhan dari Pelabuhan Klang-Pangkor-Pulau Pinang dan Langkawi bagi Raja Muda Selangor International Regatta ke-20 yang berakhir di sini semalam.

Neil menunjukkan persembahan cemerlang dengan dibantu rakan-rakannya menguasai pada perlumbaan itu termasuk perlumbaan di Langkawi untuk meletakkan pasukannya teratas.

Kapal layar "Evolution Racing" diketuai oleh Ray Roberts dari Australia muncul naib johan manakala pemenang ketiga kapal layar "Foxy Lady IV" diketuai oleh Bill Bremner dari Singapura.

Dalam perlumbaan kelas tiga IRC3 (menggunakan handicap antarabangsa) dimenangi oleh kapal layar "Australian Maid" diketuai Jon Wardill dari Australia, naib johan kapal layar "indsikher" diketuai Sarab Singh dari Singapura manakala ketiga "Katsu" diketuai Ben Copley dari Australia.

Bagi kelas tujuh OMR Multihull dimenangi oleh Richard Eyre dengan kapal "Zhuka", naib johan Henry Kaye kapal "Thor" dan ketiga David Liddell kapal "Miss Saigon", kesemua mereka dari Thailand.

Sebanyak 51 kapal layar dari Australia, Hong Kong, Emiriah Arab Bersatu, Singapura, Thailand, New Zealand dan Malaysia menyertai regatta itu sejak 13 November lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain