Kelantan dan Negeri Sembilan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia - Sukan | mStar

Kelantan dan Negeri Sembilan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Kelantan dan Negeri Sembilan menepati ramalan apabila mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah kedua-dua pasukan itu berjaya melepasi halangan Perlis dan Terengganu pada perlawanan separuh akhir pusingan kedua, malam ini.

Naib juara Piala FA, Kelantan berjaya layak ke perlawanan akhir keduanya pada musim ini setelah berjaya menyingkirkan Perlis dengan kemenangan 31 di Stadium Utama, Kangar dan layak dengan agregat 51.

Beraksi di tempat lawan, Kelantan nyata cemerlang berbekalkan kelebihan dua gol hasil kemenangan 20 pada pusingan pertama di Kota Bharu, Selasa lepas apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-27.

Mohd Norfarhan Muhammad berjaya melepaskan rembatan leret di dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Perlis, Mohd Farizal Marlias untuk kedudukan 10 kekal memihak Kelantan pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus menggandakan asakan dan hasilnya Mohd Norfarhan meledak gol keduanya pada minit ke-53 sebelum Perlis mengurangkan defisit gol melalui jaringan Mohd Firdaus Faudzi pada minit ke-70. Mohd Norfarhan akhirnya berjaya melengkapkan hatriknya pada minit ke-87 untuk membolehkan Kelantan mara ke perlawanan akhir.

Sementara itu, negeri Sembilan membelasah Terengganu 31 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk mara dengan agregat 41.

Penyerang kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak meledak dua gol pada minit kesembilan dan 18 untuk membolehkan anak buah Wan Jamak Wan Hassan selesa mendahului 30 secara agregat hasil kemenangan 10 pada pusingan pertama.

Terengganu bagaimanapun bangkit mengurangkan jurang gol apabila Khairul Izwan Khalid menjaringkan gol pada minit ke-35.

Namun jaringan itu tidak melemahkan jentera serangan pelawat apabila bekas pemain Terengganu, Hairuddin Omar menjaringkan gol ketiga Negeri Sembilan pada minit ke-45.

Walaupun permainan rancak yang dipamerkan pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol untuk keputusan akhir 31 memihak kepada pelawat.

Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini Sabtu ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YAKEB tampung kos perubatan Yahya Jusoh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel