suria

Malaysia 'A' sekadar seri 3-3 dengan Iran

IPOH: Pasukan wanita Malaysia 'A' hanya mampu seri 3-3 dengan Iran pada Kejohanan Hoki Tertutup Enam Sebelah Asia bagi merebut Piala Raja Permaisuri Bainun di Stadium Indera Mulai di sini hari ini.

Pemain negara A. Kannagi menyumbang dua gol untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-13 dan 32 manakala satu lagi oleh Nurul Nabila Burhanuddin pada minit ke-34.

Gol Iran dihasilkan oleh Leila Rahimi pada minit ke-26 dan dua gol oleh ketua pasukan Azar Teimouri Tollabi pada minit ke30 dan 38.

Sementara itu, pada perlawanan pembukaan, pasukan Malaysia 'B', yang diwakili pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Ipoh, tewas 26 kepada pasukan Kazakhstan.

Dalam satu lagi perlawanan secara liga dalam kumpulan, Uzbekistan menewaskan Thailand 41.

Kejohanan tersebut mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Hoki Asia (AHF).

Jadual Perlawanan Esok:

Kazakhstan mln Thailand (8.30 pagi), Uzbekistan mn Malaysia 'A' (10 pagi), Malaysia 'B' mln Iran ( 11 pagi). BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain