suria

Nicol kekal kejuaraan wanita terbuka Seoul

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol Ann David semalam mengekalkan kejuaraan Wanita Terbuka Seoul, untuk tahun kedua berturut-turut, dengan menewaskan pemain England Jenny Duncalf pada perlawanan akhir.

Dengan kemenangan itu, beliau merangkul kejuaraan Persatuan Pemain Skuasy Antarabangsa

Wanita (Wispa) yang ketiga berturut-turut tahun ini selepas memenangi Terbuka Cayman Islands dan Terbuka Texas bulan lepas.

Bagaimanapun, dalam perlawanan akhir semalam di IPark Mall, Yongsan Plaza, di selatan ibu negara Korea itu, Nicol dicabar hebat oleh Duncalf.

Selepas menang set pertama 116, Nicol tunduk 311 kepada Duncalf pada set kedua.

Pemain berusia 25 tahun dari Pulau Pinang itu kemudian bangkit kembali untuk menang set ketiga dan keempat 116 dan 114, bagi melengkapkan saingan dalam masa 38 minit. BERNAMA

Artikel Lain