suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicol ke perlawanan akhir wanita terbuka Korea

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol David layak ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Seoul 2009 setelah menundukkan pemain nombor empat dunia Natalie Grinham dari Belanda pada perlawanan separuh akhir semalam.

Pada perlawanan separuh akhir itu yang diadakan di atas gelanggang kaca di IPark Mall, Yongsan Plaza, Nicol, selaku pilihan utama kejohanan, menewaskan Natalie 11-4, 11-6 dan 11-8 dalam masa 36 minit.

Pemain nombor satu dunia itu akan bertemu pemain England Jenny Duncalf dalam perlawanan akhir hari ini.

Terdahulu, Duncalf menempah tempat ke perlawanan akhir dengan menundukkan kakak Natalie dan juga pilihan kedua kejohanan, Rachael Grinham dari Australia 11-6, 1-18 dan 11-6 dalam masa 34 minit. BERNAMA

Artikel Lain