suria

Peluang temui pengurus Arsenal di Dataran Merdeka esok

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger menurunkan autograf ketika pada satu majlis di Kuala Lumpur petang tadi. - foto The Star oleh SAMUEL ONG
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger menurunkan autograf ketika pada satu majlis di Kuala Lumpur petang tadi. - foto The Star oleh SAMUEL ONG
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger menurunkan autograf ketika pada satu majlis di Kuala Lumpur petang tadi. - foto The Star oleh SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Para peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) khususnya Arsenal berpeluang bertemu secara dekat pengurus pasukan itu, Arsene Wenger yang dijadual mengendalikan satu sesi latihan di padang Dataran Merdeka, esok.

Skuad bawah 19 tahun kebangsaan atau Harimau Muda yang dibimbing jurulatih Ong Kim Swee akan 'merasai' sentuhan pengurus The Gunners itu selama 45 minit bermula pukul 11 pagi.

Menurut presiden kelab penyokong kelab Arsenal di Malaysia, K. Sukumar, selepas sesi latihan itu para peminat akan berpeluang bertemu Wenger dalam satu sesi bertemu peminat selama kira-kira setengah jam.

Kali terakhir, pengurus kelahiran Perancis itu berkunjung ke Malaysia ialah pada 1999 ketika membawa pasukannya menentang skuad kebangsaan yang menyaksikan mereka menang dengan keputusan 20.

Jurulatih berusia 60 tahun itu memulakan karier sebagai pengurus pada 1984 dengan pasukan AS Nancy-Lorraine (1984-1987), AS Monaco (1987-1994), Nagoya Grampus Eight (1995-1996) dan bermula di Arsenal pada September 1996 sehingga kini.

Sejak memegang jawatan pengurus Arsenal bermula 1996, Wenger telah berjaya mengemudi pasukan itu sebagai pencabar utama di dalam EPL dengan meraih beberapa kejuaraan.

Kecemrlangan Wenger bermula pada musim keduanya (1997/98) apabila berjaya memenangi gelaran berganda dengan menjuarai EPL dan Piala FA serta mengulanginya sekali lagi pencapaian itu pada musim 2001/02. BERNAMA

Artikel Lain