suria

Mael Totey The Movie pecah rekod filem paling laris kalahkan Polis Evo, Hantu Kak Limah

Kutipan Mael Totey The Movie pecah rekod mengalahkan filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah.

SELEPAS meraih RM5 juta dalam tempoh 12 hari ditayangkan menerusi Astro First, filem Mael Totey The Movie (MTTM) berjaya mencatat sejarah baharu apabila menerima kutipan sebanyak RM6.4 juta menerusi saluran itu.

Pengumuman itu dibuat menerusi rancangan realiti Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse secara bersiaran langsung di saluran Astro Ria pada malam, Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Syahmi Sazli kecewa ada yang mengaku tonton ‘Mael Totey The Movie’ cara haram! - “Kasihanlah kru dan pelakon istimewa yang bekerja dari 8 pagi sampai 12 malam”

Difahamkan, jumlah berkenaan diperoleh dalam tempoh 23 hari sejak ia mula ditayangkan pada 22 Oktober lalu.

Terima kasih atas sokongan anda semua yang tak putus-putus!

SYAHMI SAZLI

PENGARAH

Apa yang lebih membanggakan, MTTM turut memecah rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk siaran di Astro First.

Bagaimanapun kutipan MTTM itu tidak dapat menandingi dua filem tersebut jika dikira kutipan keseluruhan termasuk hasil daripada tayangan di pawagam.

Menerusi rekod Finas, Hantu Kak Limah yang ditayangkan pada 2018 memperoleh RM36.23 juta sementara Polis Evo (2015) ialah RM17.14 juta dan Polis Evo 2 (2018) mendapat RM22.45 juta.

Dalam pada itu, pengarah filem tersebut iaitu Syahmi Sazli menerusi satu posting di Instagram miliknya pada Ahad mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai yang tidak pernah putus.

"Boom! Mael Totey The Movie berjaya mengutip RM6.4 juta! Sekali gus mencatat sejarah filem nombor satu terlaris memecah rekod filem box office Polis Evo dan Hantu Kak Limah!



Syahmi turut berkongsi berita gembira itu di laman sosial miliknya.

"Terima kasih atas sokongan anda semua yang tak putus-putus!" kata Syahmi yang berasal dari Kelantan.

Sebelum ini, pengarah dan penerbit Ellie Suriati memberitahu kejayaan filem Mael Totey The Movie yang berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Ellie menerusi temu bual bersama mStar pada Khamis lalu berkata, filem tersebut masih belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain