suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panggung tutup! ‘Mencari Rahmat’ terpaksa ditunda tayangan kali kedua

Filem Mencari Rahmat ditunda tayangan kerana Covid-19.

FILEM berjudul Mencari Rahmat yang sepatutnya ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 31 Disember ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang baharu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Menurut penerbitnya, Zuli Ismail, penundaan tarikh tayangan filem berkenaan dilakukan berikutan pihak pawagam membuat keputusan untuk menutup sementara panggung wayang bermula Isnin lalu.

“Sebagai penerbit, saya ingin nyatakan bahawa tarikh tayangan filem Mencari Rahmat yang dijadualkan pada 31 Disember ini terpaksa ditunda berikutan penutupan sementara operasi pawagam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikut saranan kerajaan bendung Covid-19, Festival Filem Malaysia ke-31 ditangguh!

“Kami juga telah menerima surat daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang memaklumkan tarikh tayangan filem ini akan dijadualkan semula, ” katanya.



Mencari Rahmat ditangguhkan tayangan kerana Covid-19.

Sementara itu, Zuli berkata pihaknya masih belum dapat mengesahkan tarikh baharu tayangan filem berkenaan kerana masih dalam perbincangan.

Justeru itu, mereka berharap peminat dapat bersabar menantikan tarikh tayangan baharu yang akan diumumkan kelak.

“Saya percaya ramai yang menantikan tayangan filem ini, namun ia adalah satu perkara yang tidak dapat kami elakkan sama sekali berdasarkan situasi yang berlaku sekarang ini.



Filem ini sepatutnya ditayangkan pada 18 Julai lalu dan ditunda ke 31 Disember.

“Sudah tentu kami berharap agar penonton dapat bersabar sehingga filem ini akan ditayangkan di pawagam,” jelasnya.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua filem berkenaan ditunda tayangan berikutan penularan wabak Covid-19.

Mengikut perancangan filem ini sepatutnya ditayangkan di pawagam pada 18 Julai lalu.

Mencari Rahmat arahan Al Jafree Md Yusop dibintangi oleh Nam Ron, Amerul Affendi, Sharifah Amani, Nadia Aqilah, Adibah Noor, Fauziah Nawi dan Eric Fuzi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain