The Green Hornet Hidangkan Komedi Karut - Wayang | mStar

The Green Hornet Hidangkan Komedi Karut

PANTAS saja seribu satu persoalan mengasak minda selepas setengah jam filem komedi aksi The Green Hornet (TGH) bermain di layar.

Menyaksikan kekalutan yang cuba dijelmakan oleh dua watak 'badut' iaitu Reid (Seth Green) dan Kato (Jay Chou) dalam usaha untuk mencetuskan humor adalah satu pengalaman yang menyesakkan dada dan minda.

Fitrahnya, filem arahan Michel Gondry adalah sebuah filem komedi parodi yang diinspirasikan daripada perwatakan Adiwira komik iaitu The Green Hornet.

Jauh tersasar daripada jangkaan, komedi yang dipertaruhkan itu bagaimanapun menyimpang menjadi sebuah filem yang menjengkelkan.

Bagai tercari-cari rentak untuk mengukuhkan penceritaan, naratif TGH bermula tanpa arah dan hala tuju.

Entah di mana nilai komedinya, ungkapan dialog yang 'berkokok' sepanjang 30 hingga 40 minit pertama filem ini sebenarnya mengundang penonton untuk meninggalkan pawagam.

Boleh disimpulkan, separuh masa pertama filem ini adalah tempoh yang cukup hambar dan berkecamuk.

Bagaimanapun, harus dinyatakan draf penceritaan TGH semakin baik menjelang pertengahan cerita.

Babak-babak cemas dan aksi yang lebih fokus berbanding lawak mengarut pada permulaan sedikit sebanyak mengembalikan semula tumpuan yang hanyut pada awalnya.

Menilai lakonan dua teraju utama iaitu Seth Rogen dan Jay Chou, kedua-duanya sekadar mempersembahkan mutu lakonan yang sederhana.

Bersesuaian sekali dengan konsep filem ini yang ringan dan komedi, justeru aspek lakonan Rogen dan Chou dilihat selaras dengan perjalanan hambar TGH.

Kemunculan beberapa nama besar seperti Tom Wilkinson (sebagai bapa Reid), Cameron Diaz (setiausaha bernama Lenore Case) dan Christopher Waltz (ketua penjahat bernama Benjamin Chudnofsky) juga sekadar umpan yang gagal menaiktarafkan gred corot filem ini.

Menyentuh format tiga dimensi (3D) yang menyaluti filem ini, sebenarnya tiada apa yang ekstra tentang visual TGH sehingga perlu untuk diterbitkan dalam versi itu.

Apa wajarnya menghasilkan format 3D jika cerita dan efek yang dipaparkan sekadar biasa-biasa sahaja.

Hakikatnya, filem ini bukanlah sebuah komedi aksi yang menghiburkan penonton. Mungkin jika anda terlalu lapang dan tercari-cari sebuah filem ringan bagi mengisi waktu, maka TGH bolehlah dijadikan pilihan terakhir.

Seandainya anda mencari hiburan dan humor yang berkualiti, mungkin boleh simpan saja wang anda untuk filem lain.

TGH memaparkan kisah Britt Reid (Seth Rogen), seorang pewaris sebuah syarikat penerbitan akhbar terbesar di Los Angeles iaitu The Daily Sentinel.

Kemewahan hidup menjadikan dia tidak bertanggungjawab, suka berfoya-foya dan tidak pernah mengambil peduli tentang perniagaan bapanya.

Kematian bapanya secara mengejut telah mengubah segala-galanya dan menyedarkan Reid untuk melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat dalam kehidupan.

Pertemuan Reid dengan seorang bekas pekerja bapanya, Kato (Jay Chou) menjelmakan ilham buatnya untuk memerangi jenayah di Los Angeles.

Dalam mencapai misi itu, Reid dan Kato berpendapat mereka perlu melakukan jenayah untuk memancing perhatian penjenayah di bandar raya itu.

Memilih untuk menggelar dirinya sebagai The Green Hornet, Reid dan Kato yang dilengkapi peralatan dan kenderaan canggih rekaan Kato bersatu melakukan jenayah.

Satu persatu kes jenayah berlaku semata-mata untuk memancing perhatian ketua penjenayah terbesar, Benjamin Chudnofsky (Christoph Waltz).

Bagaimanapun, keadaan berlaku sebaliknya apabila mereka pula yang menjadi buruan Chudnofsky.

Filem The Green Hornet ditayangkan di pawagam bermula 27 Januari 2011.

Artikel Sebelum

'Haq', Buat Penonton Keliru

Artikel Berikut

'The Rock' Lebih Perkasa Dalam 'Faster'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain